IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 2 Juta Kali

IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 2 Juta Kali

Diterbitkan pada Feb 17, 2011 oleh .

Nampaknya pelayar web terkini daripada Microsoft, iaitu Internet Explorer 9 terus mendapat perhatian ramai para pengguna. Melalui statistik terkini yang dikeluarkan oleh Microsoft, ianya memperlihatkan yang mana IE9 RC telah pun dimuat-turun sebanyak lebih 2 juta kali oleh para pengguna seluruh dunia.

Menariknya mengenai angka ini, adalah dimana ianya adalah muat-turun yang dilakukan oleh para pengguna sendiri, dan bukannya kemaskini daripada IE9 Beta kepada versi RC yang dilakukan melalui Windows Update dan sebagainya.

Sebelum ini, IE9 Beta telah dimuat-turun lebih 25 juta kali, sekaligus memperlihatkan ramai pengguna diseluruh dunia yang telah terlebih dahulu mencuba versi pembangunan pelayar web Microsoft yang diperkatakan membawakan pelbagai perkara baru ini.

Dengan mencapainya versi RC, ianya memperlihatkan yang mana pembangunan Internet Explorer 9 telah pun memasuki fasa terakhir, dan versi akhir dijangka akan menemui pengguna dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN