Cari @ Amanz

Nampaknya sepanjang tahun ini, Dell akan memperkenalkan beberapa telefon mudah-alih yang berasaskan Windows Phone dan juga Android. Perkara ini dapat diketahui apabila pelan perancangan produk untuk 2011 mereka tersebar di internet hari ini.

Untuk telefon mudah-alih, Dell dijangka membawakan lebih daripada 6 model baru, termasuk Venue yang menggunakan Android Froyo dan Venue Pro yang menggunakan Windows Phone 7 pada suku tahun pertama. Pada suku tahun kedua dan ketiga, Dell seperti menumpukan perhatian lebih kepada telefon pintar Windows Phone, dan memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android Ice Cream pada suku-tahun ke-empat dan juga pada suku tahun pertama tahun 2012.


Latar Produk Telefon Pintar Dari Dell [via]

Selain daripada telefon pintar, Dell juga menumpukan perhatian pada PC tablet, dimana sepanjang tahun ini, beberapa tablet dijangka akan dikeluarkan oleh mereka. Kebanyakkan tablet dari Dell akan menggunakan Android, terutamanya Honeycomb yang dioptimasikan untuk tablet, selain turut memperkenalkan tablet Windows 7 dan juga Windows 8 pada penghujung tahun ini.


Latar Produk Tablet Dari Dell [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd