Cari @ Amanz

Walaupun seperti Ping yang diperkenalkan oleh Apple tidak mendapat perhatian ramai, Apple masih tidak berputus-asa dengan dunia sosial. Kini, versi terbaru MobileMe kelak diura-ura akan membawakan pelbagai fungsi menarik, dan diintegrasikan dengan teknologi geolokasi.

Antara perkara yang diperkatakan adalah berkemungkinan besar, MobileMe akan memprkenalkan sebuah perkhidmatan untuk stream video secara langsung, sama seperti laman Ustream, selain turut mengintegrasikan sistem daftar masuk ke lokasi, seperti FourSquare, dan juga fungsi geo-tag seperti Facebook Places.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah ura-ura buat masa ini, tanpa sebarang pengesahan daripada Apple. Sebelum ini, kedengaran yang mana Apple bakal memperkenalkan sebuah iPhone versi mini yang akan menggunakan MobileMe secara maksimum untuk simpan data dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd