Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi web yang dinantikan sekian lama adalah Google Music. Kini, ianya mula diperkatakan yang mana Google Music mungkin akan diperkenalkan bersama-sama dengan pelancaran Android 3.0 Honeycomb. Perkara ini disahkan oleh Motorola, dimana mereka memperkatakan yang mana kemaskini Android tersebut kelak akan disertakan bersama-sama dengan perkhidmatan muzik.

Perkara berkaitan dengan Google Music ini telah kedengaran untuk beberapa masa, dan akhir-akhir ini, beberapa info berkaitan perkhidmatan alternatif iTunes itu kelihatan bersama-sama dengan Android.

Sebelum ini, Google telah membeli Simplify Media yang membolehkan para pengguna memainkan muzik melalui pelbagai perantian dan platform, termasuk secara terus daripada web. Pada ketika pengambil-alihan tersebut, Google pernah memperkatakan yang mana teknologi Simplify Media akan digunakan dalam aplikasi desktop, membolehkan akses remote kepada muzik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd