Cari @ Amanz

geekchicTV – Bual Bicara Teknologi Dari Perspektif Wanita

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti sedia maklum, rancangan video berasaskan IT tempatan masih amat sedikit di Malaysia. Walaubagaimanapun, ianya tidak bermakna tiada. Kini, beberapa wanita bersatu dalam membawakan GeekChicTV, iaitu salah satu rancangan berasaskan internet yang menjurus kearah komputer dan teknologi.

GeekChicTV dihoskan oleh dua wanita yang gemarkan media sosial, internet dan teknologi, iaitu Ling dan April. Menggunakan medium berbahasa Inggeris, mereka telah melancarkan episod pertama pada hari ini, yang mana lebih kepada episod pengenalan.

Melalui episod pengenalan ini, mereka bercerita mengenai pelbagai perkara, termasuk aplikasi Pose, iaitu aplikasi yang berfungsi seperti Instagram untuk iPhone dan bakal diperkenalkan untuk Android tidak lama lagi.


Komen ()