Cari @ Amanz

Google sering mengemaskini platform carian mereka dalam memenuhi citarasa pengguna selain membawakan pelbagai carian yang amat relevan sekali. Menariknya, hari ini, Google terus meningkatkan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan kemaskini kepada carian sosial di Google.

Google sebelum ini telah memperkenalkan carian sosial pada tahun 2009, dan sejak daripada itu, Google telah memperkenalkan pelbagai peningkatan. Hari ini, Google membolehkan anda mendapatkan pelbagai informasi daripada enjin carian Google, dimana ianya boleh diperlihatkan mengikut apa yang dikongsikan oleh rakan-rakan anda, samaada di YouTube, Flickr, blog mereka, mahupun melalui Twitter.


Keputusan Carian Memperlihatkan Apa Yang Rakan Twitter Anda Kongsikan

Kini, sekiranya rakan-rakan anda pernah berkongsikan sesuatu mengenai kata kunci carian yang anda lakukan, ianya akan diperlihatkan bersama pada keputusan carian, bersama-sama dengan notifikasi mengenai ianya dikongsikan oleh rakan anda yang mana.

Pada masa yang sama, dalam menjadikannya ianya lebih menarik, Google membolehkan anda menambah akaun-akaun sosial anda yang lain pada Google Account anda, dan seterusnya memperlihatkan keputusan carian yang lebih relevan dengan anda melalui carian sosial Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd