Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan mengenai Opera 11.10 Barracuda sebelum ini, kini pihak pembangunnya, Opera Software telah pun menyediakan versi pembangunan pertama Opera 11.10 yang mana sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Windows, Linux dan juga Mac OS X.

Salah satu kemaskini yang dibawakan adalah dimana penggunaan terasnya, Core telah dikemaskini kepada versi 2.8.99 yang membawakan sokongan kepada Web Open Font Format (WOFF). Selain daripada itu, pelbagai perubahan kepada keserasian rangkaian telah disertakan.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, pelayar web ini masih tidak bersedia untuk digunakan oleh pengguna biasa, memandangkan ianya tidak stabil sepenuhnya. Namun begitu, sekiranya anda ingin mengujinya, anda boleh memuat-turun, dan memberikan maklumbalas berkaitan dengan pelayar web tersebut terus kepada pihak Opera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd