Cari @ Amanz

Enjin carian daripada Microsoft, iaitu Bing hari ini memperkenalkan sebuah toolbar yang baru – Bing Bar, yang mana memudahkan aktiviti atas talian anda, dimana Bing Bar memberikan para pengguna akses pantas kepada pelbagai perkara yang sering dilakukan atas talian, termasuk menyemak emel, melihat Facebook, serta melakukan carian.


Carian Pantas Melalui Bing Bar

Selain daripada itu, Bing Bar juga memberikan akses pantas kepada pelbagai perkara lain, sekaligus memudahkan aktiviti anda, selain memberikan akses pantas kepada pelbagai perkara dengan mudah.


Facebook Pada Bing Bar

Menariknya, Bing Bar juga menyediakan fungsi notifikasi, dimana anda akan diperlihatkan sebuah mesej ringkas sebaik anda mendapat emel ataupun notifikasi daripada Facebook. Bing Bar diperkatakan telah dibina untuk memudahkan apa yang anda lakukan setiap hari, dan melalui apa yang diperlihatkan, ianya kelihatan amat menarik sekali.

Buat masa ini, Bing Bar memerlukan anda menggunakan sistem operasi Windows XP SP3 dan yang terkini, selain menggunakan pelayar web Internet Explorer 7 atau yang lebih terkini sahaja. Masih tiada makluman mengenai adakah ianya akan menyokong pelayar web atau sistem operasi yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd