Carian
Chrome 10 Membawakan Enjin Crankshaft
February 18, 2011 Aman

Setelah melancarkan Chrome 9 sebelum ini, kini Google terus memeriahkan dunia pelayar web, dimana hari ini, Google telah memperkenalkan Chrome 10 Beta kepada saluran pembangun, dimana ianya membawakan beberapa perkara baru, termasuk enjin V8 yang terkini, yang dipanggil Crankshaft.

Melalui enjin Crankshaft yang terkini, ianya memperlihatkan peningkatan lebih 66% dari segi prestasi mengikut ujian V8 yang dijalankan, berbanding dengan Chrome 9 yang dilepaskan sebelum ini.

Selain daripada enjin Crankshaft, Chrome 10 Beta turut membawakan fungsi sync kata-laluan, sokongan video menggunakan GPU, dan juga tab tetapan yang serba baru.

Komen