Dr Rozmey Bakal Melancarkan Saluran Internet, dRPlanet TV

Dr Rozmey Bakal Melancarkan Saluran Internet, dRPlanet TV

Diterbitkan pada Feb 18, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan beberapa laman web dibawah rangkaian dR Rozmey, kini beliau terus memperkembangkannya, dimana tidak lama lagi, dR Rozmey dijangka akan memperkenalkan siaran TV atas talian beliau sendiri dibawah nama dRPlanetTV.

dR Rozmey, dibawah dR Group sebelum ini telah memperkenalkan laman dRPlaces, selain turut dalam perancangan untuk memperkenalkan rangkaian sosial beliau sendiri dibawah nama dRBook. Pada masa yang sama, beliau turut mula membangunkan rangkaian kedai IT beliau sendiri dibawah nama dR Rozmey IT Solutions.

Melalui dRPlanetTV, ianya masih tidak diketahui apakah yang akan ditayangkan, samaada adakah ianya akan berfungsi seperti laman Tonton dari TV3, ataupun sebaliknya hanya mempromosikan produk-produk keluaran beliau, sama seperti pada saluran Youtube beliau sendiri.

Mungkin lebih banyak info mengenainya akan diketahui tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN