Carian
Apple Tidak Membangunkan iPhone Bersaiz Kecil Buat Masa Ini
February 18, 2011 Aman

Nampaknya, ura-ura berkaitan Apple membangunkan iPhone bersaiz kecil sebelum ini, berkemungkinan besar adalah tidak benar. Menurut New York Times, Apple tidak membangunkan sebarang iPhone bersaiz kecil buat masa ini.

Ianya diperkatakan, yang mana membangunkan iPhone bersaiz kecil, tidak bermakna sama sekali yang ianya akan memakan kos yang sedikit dan berharga murah. Pada masa yang sama, para pembangun aplikasi juga mungkin terpaksa membangunkan aplikasi mereka untuk menyokong skrin kecil, sekaligus menyukarkan mereka.

Namun begitu, New York Times memperkatakan yang mana Apple sedang mencuba beberapa cara untuk menjadikan iPhone generasi akan datang lebih murah daripada sekarang, serta membawakan beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan mengawal telefon menggunakan suara.

Komen