Cari @ Amanz

Mozilla Mengemaskini Addon F1 Untuk Firefox

Oleh Aman

Link Copied!

Addon F1 yang diperkenalkan oleh Mozilla sebelum ini, kini menerima kemaskini, dimana ianya membawakan rekabentuk dan antaramuka baru, selain turut menambah beberapa perkhidmatan baru, dan menambahkan sokongan kepada rangkaian sosial sedia ada.

Sebelum ini, pasukan Mozilla Messaging telah memperkenalkan addon F1 untuk Firefox, dimana melaluinya, para pengguna boleh berkongsikan sesuatu laman web itu dengan pantas, dengan menekan butang F1 pada papan kekunci mereka, seterusnya memilih perkhidmatan yang mereka ingin gunakan.

Melalui kemaskini yang dibawakan oleh Mozilla kini, mereka menambahkan perkhidmatan LinkedIn, selain turut menawarkan beberapa sokongan tambahan kepada Facebook dan Twitter. Kini, para pengguna turut sama boleh menghantarkan DM kepada rakan Twitter mereka secara terus menggunakan kekunci F1, selain berkongsi sesuatu pautan pada laman kumpulan di Facebook.

Versi terkini addon F1 ini hanya boleh digunakan pada pelayar web Firefox 4 Beta sahaja, dan tidak lagi menyokong Firefox 3.6 seperti sebelumnya.


Komen ()