Chrome 11 Mula Ditawarkan Pada Saluran Pembangun

Chrome 11 Mula Ditawarkan Pada Saluran Pembangun

Diterbitkan pada Feb 19, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Chrome 10 Beta kepada semua pengguna, Google juga telah mengemaskini saluran pembangun dengan mula menawarkan versi pembangunan Chrome 11 yang mana sebelum ini hanya ditawarkan melalui saluran Canary dan Chromium sahaja.

Memandangkan Chrome 11 masih lagi dalam fasa awal pembangunan, ianya tidak membawakan perbezaan fungsi yang banyak sangat berbanding dengan Chrome 10 Beta yang baru diperkenalkan itu. Antara perkara yang didapati pada Chrome 11-dev adalah termasuk kemaskini V8 kepada versi 3.1.4.0, selain fungsi XSS Auditor yang diaktifkan. Chrome 11 juga dijangka akan menyokong penggunaan perkakasan sepenuhnya (full hardware acceleration) dalam membuka web dan sebagainya.

Pelbagai fungsi-fungsi baru Chrome 11 kelak dijangka akan diketahui dari semasa ke semasa. Buat masa ini, sekiranya anda menggunakan saluran pembangun Chrome, anda akan dikemaskini secara automatik, manakala yang tidak pula, boleh melanggan saluran pembangun, dan menguji pelayar web Chrome versi terkini dengan mudah dan pantas.


TIPS & ULASAN