Carian
Aplikasi Twidroyd Dan UberTwitter Digantung Daripada Akses Twitter
February 19, 2011 Aman

Nampaknya kini UberMedia menghadapi masalah besar, apabila pihak Twitter kini menghalang penggunaan UberTwitter dan Twidroyd disebabkan oleh pelanggaran polisi Twitter. Buat masa ini, sebagai gantinya, Twitter menggalakkan para pengguna menggunakan aplikasi Twitter untuk BlackBerry dan Android yang dikeluarkan secara rasmi oleh mereka.

Ianya diperkatakan yang mana Twitter setiap hari mengambil-langkah berjaga-jaga dengan mengawal dan mengelakkan aplikasi-aplikasi yang menyalahgunakan platform mereka dan melanggar polisi mereka daripada terus beroperasi mengakses Twitter. Walaubagaimanapun, pihak Twitter berkongsi mengenai aplikasi UberTwitter dan Twidroyd ini adalah disebabkan ianya digunakan oleh sejumlah pengguna yang ramai.

Antara isu yang dilanggari oleh pihak UberMedia adalah termasuk isu privasi yang berkait dengan fungsi Direct Message melangkaui 140 aksara, pelanggaan hak cipta, serta mengubah kandungan Tweet pengguna dalam menjana wang.

Ianya masih tidak diketahui bilakah kedua-dua aplikasi ini akan diaktifkan semula untuk mengakses Twitter. Kedua-dua aplikasi ini adalah dibangunkan oleh UberMedia yang mana baru-baru ini telah mengambil-alih TweetDeck.

Komen