Google Menambah Sokongan Lebih 12 Format Baru Pada Docs

Google Menambah Sokongan Lebih 12 Format Baru Pada Docs

Diterbitkan pada Feb 19, 2011 oleh .

Kini, Google terus menambahkan pelbagai sokongan fail pada Google Docs, dimana terbaru, ianya menyokong lebih daripada 12 jenis fail yang baru, membolehkan anda membukanya terus daripada GMail ataupun Google Docs dengan mudah.

Melalui kemaskini terbaru ini, Google Docs membawakan sokongan kepada kedua-dua jenis fail Excel (.XLS dan .XLSX) serta PowerPoint 2007 (.PPTX), Apple Pages, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, TrueType, Scalable Vector Graphics (.SVG) dan beberapa lagi yang lain.

Walaubagaimanapun, anda masih tidak boleh membuat fail baru dengan format tersebut, sebaliknya memerlukan aplikasi asal untuk membuatnya. Melalui Google Docs, anda hanya boleh melihat kandungannya dengan mudah dimana sahaja.


TIPS & ULASAN