Dengan pengantungan UberTwitter oleh pihak Twitter semalam, ianya telah memberikan impak yang amat besar kepada komuniti Twitter seluruh dunia. Menariknya, pembangun disebaliknya kini bergiat aktif dalam membolehkan para pengguna mereka boleh menggunakan platform mereka kembali, serta menjenamakan semula aplikasi mereka kepada UberSocial.
Seperti yang diumumkan oleh Twitter, salah satu sebab adalah disebabkan penyalahgunaan nama Twitter. Ianya diperkatakan yang mana pihak UberMedia telah memulakan proses penukaran nama sejak tiga minggu yang lalu, dan kini menjenamakannya semula sebagai UberSocial.
Menariknya, bersama-sama dengan penjenamaan semula ini, UberSocial turut diperkenalkan untuk para pengguna desktop (yang masih lagi dalam beta tertutup), selain memperkenalkan aplikasi UberSocial untuk BlackBerry dan juga iPhone.
Ianya diperkatakan yang mana UberMedia telah melakukan segala perubahan yang telah diminta oleh Twitter, dan kini segala aplikasi yang berkaitan telah dimuat-naik ke kedai aplikasi untuk platform berkaitan, dan pihak Twitter telah mengatakan yang mana sebaik sahaja perubahan tersebut dilaksanakan, aplikasi mereka akan diaktifkan kembali.
#UberTwitter & #Twidroyd users: We have made the changes Twitter requested. As soon as Twitter reactivates, you will be live again. Thx!
To comply with Twitter TOS, in the new version you won’t be able to tweet more then 140 characters from a protected account, or in a DM
To be a better partner with Twitter we are changing #UberTwitter’s name to #UberSocial. We will hope to have twitter reactivate us shortly.