Cari @ Amanz

Menurut beberapa laporan, Apple diperkatakan akan memperkenalkan iPad 3 dengan resolusi dua kali ganda, iaitu lebih kurang 2048×1536. Sebelum ini, ianya diura-ura akan yang mana iPad 2 akan membawakan resolusi retina yang diperkatakan, namun ianya tidak, dan kini perkara itu diperkatakan akan diperkenalkan pada iPad 3 kelak.

Buat masa ini, iPad 2 belum lagi diperkenalkan oleh Apple buat masa ini, dan ianya diperkatakan yang mana iPad 2 akan diperkenalkan tidak lama lagi, dan mula dijual mulai bulan April tahun ini kelak. Antara perkara yang dijangka akan dibawakan oleh iPad 2 adalah termasuk, kamera hadapan, rekabentuk yang lebih nipis, serta skrin anti-pantulan untuk memudahkan para pengguna menggunakannya dibawah cahaya matahari.

Pada masa yang sama, ianya turut sama diura-urakan yang mana Apple mungkin mempercepatkan pembangunan iPad, dan versi kemaskini iPad 2, ataupun mungkin iPad 3 bakal diperkenalkan seawal bulan September tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd