Sesuatu Yang Menarik Berkaitan IE9 Pada 14 Mac Ini

Sesuatu Yang Menarik Berkaitan IE9 Pada 14 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 20, 2011 oleh .

Kini beberapa sumber dan laporan mula memperkatakan yang mana Microsoft kelak dijangka akan melancarkan pelayar web Internet Explorer 9 mereka secara rasminya pada 14 Mac 2011 ini. Walaubagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan, namun Microsoft sememangnya merancangkan suatu acara khas pada tarikh tersebut.

Sebelum ini, pada tahun lepas, ianya sememangnya diura-ura akan yang mana Internet Explorer 9 dijangka akan dilepaskan seawal suku tahun pertama tahun 2011, selain mana Microsoft memperkatakan yang mana mereka hanya akan mengeluarkan hanya satu sahaja versi RC untuk IE9.

Namun begitu, ianya masih tidak dapat dipastikan samaada adakah Internet Explorer 9 sudah bersedia sepenuhnya, ataupun Microsoft sedang menyediakan sesuatu yang menarik berkaitan Internet Explorer 9 pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN