Cari @ Amanz

Nampaknya kini AVG bukan sahaja menawarkan antivirus, malah dijangka akan melangkah setapak kehadapan lagi dengan menawarkan perkhidmatan storan atas talian mereka yang dipanggila AVG LikeKive, sekaligus bersaing dengan beberapa nama besar lain, termasuk Dropbox.

AVG LikeKive versi beta dijangka akan diperkenalkan pada minggu ini, yang akan menawarkan perkhidmatan storan dan perkongsian kandungan yang selamat dan senang. Melaluinya, para pengguna akan diberikan storan percuma sebanyak 5Gb, selain turut menawarkan kebolehan akses kandungan daripada pelbagai perantian yang telah di-sync padanya.

Ianya merupakan salah satu langkah yang menarik, apabila AVG membawakan kebolehan dan kepakaran sekuriti mereka kepada perkomputeran awan. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samaada AVG LikeKive akan dibuka kepada beta umum ataupun beta tertutup pada minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd