Cari @ Amanz

Setelah mengantung akan aplikasi twidroyd dan UberTwitter (kini dikenali sebagai UberSocial), kini Twitter mengakatifkan kembali status aplikasi tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan dan mengikuti segala kemaskini melalui aplikasi tersebut dengan mudah.

Buat masa ini, hanya UberSocial versi BlackBerry sahaja yang telah mula digunakan, manakala versi iPhone masih lagi belum dihantar kepada pihak Twitter untuk diuji dan disahkan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, UberConnect juga masih belum diaktifkan kembali buat masa ini.

Sebelum ini, pihak Twitter telah mengantung aplikasi daripada UberMedia ini disebabkan pelanggaran beberapa polisi, termasuk membolehkan para pengguna untuk menghantar mesej melangkaui 140 aksara, dan penggunaan nama Twitter pada aplikasi mereka.

Kini, semua pengguna Android, boleh terus memuat-turun Twidroyd manakala aplikasi UberSocial untuk pengguna BlackBerry, dan kembali aktif semula ber-tweet seperti sebelumnya.

Thanks for your loyalty and patience.  Spread the word, You can Download #UberSocial (formerly #UberTwitter) http://bit.ly/UberDLless than a minute ago via ÜberSocial

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd