Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?

Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?

Diterbitkan pada Feb 21, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Google sentiasa membawakan pelbagai kemaskini untuk pelayar webnya dengan amat pantas sekali. Setelah mempopularkan fungsi Omnibar, kini ianya diperkatakan yang mana Google mungkin akan membawakan perubahan besar dari segi antaramuka pada versi baru Chrome kelak.

Chrome Bar

Ianya diperlihatkan yang mana kelak, pada versi baru Chrome yang akan datang, Google mungkin akan menyertakan omnibar di dalam tab itu sendiri, sekaligus pengintegrasiannya akan menjimatkan lagi ruangan. Bar alamat itu dijangka akan diperlihatkan hanya sekiranya para pengguna sedang loading atau refresh semula halaman terbabit, dan setelah segala prosesnya selesai, ianya akan disorokkan.

Selain daripada itu, Google juga sedang menguji Chrome dengan pelbagai antaramuka yang lain, bersesuaian dengan pelbagai perantian pada masa kini, termasuk yang mempunyai skrin sentuh dan sebagainya.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui pada versi berapakah Chrome akan mula memperkenalkan fungsi ini, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat konsep buat masa ini.


TIPS & ULASAN