Microsoft hari ini mengumumkan secara rasminya dimana mereka telah pun mengeluarkan kemaskini pertama untuk Windows Phone 7. Walaubagaimanapun, kemaskini minor ini tidak membawakan sebarang fungsi baru, namun ianya merupakan antara kemaskini yang penting untuk Windows Phone.
Melalui kemaskini pertama untuk Windows Phone ini, ianya direkabentuk untuk menambah-baik lagi proses kemaskini perisian Windos Phone. Walaupun ianya kedengaran seperti sesuatu yang menarik, namun ianya merupakan salah satu kemaskini yang penting untuk masa depan kelak. Fungsi seperti Copy/Paste dan sebagainya untuk Windows Phone dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan bulan Mac kelak.
Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna secara berperingkat mulai hari ini. Untuk mengemaskini, para pengguna hanya perlu menyambungkan telefon mereka kepada komputer, dan mengemaskini menggunakan perisian Zune untuk komputer, ataupun Windows Phone 7 Connector untuk Mac.