Celcom dan TM Mengumumkan Kerjasama Strategik

Celcom dan TM Mengumumkan Kerjasama Strategik

Diterbitkan pada Feb 22, 2011 oleh .

Hari ini, Telekom Malaysia dan juga Celcom Axiata mengumumkan kerjasama strategik mereka, dimana melaluinya mereka berdua akan bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan penuh talian tetap dan mudah-alih kepada para pengguna di Malaysia.

Melaluinya, Celcom akan dapat menggunakan khidmat internet berkelajuan-tinggi (HSBB) termasuk akses dan transmisi kepada para pelanggan Celcom, serta Celcom akan mendapat akses kepada rangkaian sistem fiber melalui perjanjian jangka masa panjang.

Memandangkan pada masa kini penggunaan jalur-lebar mudah alih makin meningkat permintaannya, semua penyedia mudah-alih mula menyediakan akses jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada para penggunanya. Sebelum ini, DiGi dan Time dotCom turut mengumumkan kerjasama strategik mereka, selain Maxis dan TM juga melakukan perkara sama.


TIPS & ULASAN