Perkara ini mungkin terlambat, tetapi ianya kelihatan dimana pendaftaran untuk Facebook Developer Garage Kuala Lumpur menggunakan pendaftaran secara terus menggunakan akaun Facebook, dengan borang pendaftaran yang telah dioptimasikan khas untuknya.
Pendaftaran Menggunakan Akaun Facebook
Fungsi kebolehan untuk mendaftar melalui Facebook untuk perkhidmatan pihak ketiga telah diuji oleh Facebook sejak daripada penghujung tahun lepas lagi, membolehkan para pembangun sesebuah laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu pengguna dengan mudah, selain turut memudahkan pengguna mendaftar dengan menarik info terus daripada Facebook.
Mungkin selepas ini, kita boleh melihat trend pendaftaran yang selalunya menggunakan Google Docs dan sebagainya digantikan dengan pendaftaran menggunakan borang Facebook. Namun begitu, ianya mungkin hanya boleh digunakan untuk acara percuma buat masa ini, dan mungkin kelak dapat melihat Facebook menyokong pendaftaran berbayar dan sebagainya.