Cari @ Amanz

Pembangunan Windows 8 M3 Akan Dimulakan Pada Penghujung Februari

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, Microsoft sedang giat membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, dengan pembangunan fasa terakhir sebelum ke versi beta, iaitu Windows 8 Milestone 3 akan dimulakan pada penghujung bulan Februari ini.

Windows 8 M2
Latar Masa Windows 8 M2 [via]

Maklumat ini diperoleh daripada sebuah informasi yang memperlihatkan latar masa Windows 8 Milestone 2 yang tersebar di internet. Ianya diketahui yang mana pembangunan untuk Milestone 3 akan dimulakan seawal 28 Februari 2011 ini.

Ianya dijangka yang mana Microsoft akan memperkenalkan versi Beta terbuka kepada semua pengguna sama seperti yang dilakukan oleh mereka untuk Windows 7 sebelum ini. Namun, perkara ini perlu dinantikan sehinggalah Microsoft habis membangunkan Windows 8 Beta, yang mana dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Melalui latar masa Milestone 2 juga, ianya kelihatan yang mana Microsoft telah mengambil masa selama lebih kurang lima bulan dalam pembangunan Windows 8 Milestone 2. Dan sekiranya Milestone 3 mengikut latar masa yang lebih kurang serupa, Milestone 3 akan siap sebelum Julai 2011, dan pembangunan fasa beta akan dimulakan oleh Microsoft.

Beberapa sumber juga turut memperkatakan yang mana versi beta untuk Windows generasi akan datang, ataupun Windows 8 Beta mungkin akan diperkenalkan oleh Microsoft pada Professional Developers Conference 2011 yang akan diadakan pada hujung tahun kelak, sekitar bulan Oktober atau November.


Komen ()