Cari @ Amanz

Kini, kemana saja kita pergi, salah satu perkara yang dicari adalah sambungan internet. Untuk memudahkan perkara tersebut, pelbagai penyedia telekomunikasi menyediakan perantian mudah-alih, untuk memastikan anda sentiasa mendapatkan ases jalur-lebar dimana jua anda berada, termasuk Maxis.

Maxis MiFi

Maxis Mifi

Maxis dengan kerjasama bersama-sama dengan Huawei memperkenalkan Modem WiFi Peribadi Maxis, dimana melaluinya, anda boleh mendapatkan akses jalur-lebar melalui talian Maxis, selain pada masa yang sama berkongsi akses tersebut bersama lebih 5 perantian lain yang menyokong WiFi. Dengan bateri penuh padanya juga, para pengguna boleh menikmati penggunaan dan akses kepada jalur-lebar selama sehingga 4 jam dengan mudah dan dimana sahaja.

Para pengguna boleh mendapatkan modem Peribadi WiFi Maxis (E5832) ini pada harga cuma RM380 tanpa sebarang kontrak dan perjanjian, ataupun pada harga serendah RM280 dengan kontrak selama 6 bulan bersama-sama dengan Maxis. Memandangkan ianya menggunakan kad SIM seperti biasa, para pengguna boleh melanggan perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih daripada Maxis pada kadar serendah RM48 untuk penggunaan sebanyak 1.5GB, RM68 untuk 3GB, RM98 untuk 6GB dan RM198 untuk 12GB.

Modem Yang Ditawarkan Oleh Maxis

Modem Yang Ditawarkan Maxis

Pakej Jalur-lebar Daripada Maxis

Pelan Jalur-Lebar Daripada Maxis

Beberapa perkara yang dibawakan oleh Modem WiFi Peribadi Maxis;

  • Berkongsi talian melalui WiFi 802.11b
  • Sokongan pelbagai rangkaian, termasuk HSPA/3G/EDGE dan GPRS, membolehkan anda sentiasa akses jalur-lebar dimana jua anda berada.
  • Didatangkan bersama-sama dengan slot mikro SD untuk menggunakannya sebagai perantian storan fail dan dokumen.
  • Sokongan pelbagai sistem operasi.


Kini boleh berkongsi talian dimana jua berada dengan Maxis WiFi Modem

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd