Windows 7 SP1 Sedia Dimuat-Turun

Windows 7 SP1 Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 23, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, kini semua pengguna Windows 7 sudah pun boleh menikmati kemaskini major pertama untuk Windows 7, iaitu Windows 7 Service Pack 1. Para pengguna Windows 7 sudah boleh memuat-turun Windows 7 SP1 samaada terus daripada Windows Update, ataupun halaman rasmi Microsoft.

Bersama-sama dengan pelancaran Windows 7 SP1, Microsoft turut sama melepaskan Windows Server 2008 R2 SP1 kepada para pengguna. Seminggu sebelum ini, para pengguna TechNET dan MSDN telah dapat menikmati kemaskini serupa, seminggu lebih awal daripada pengguna biasa.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Windows 7 SP1 terus daripada laman Microsoft dan mula menikmati pelbagai kemaskini sekuriti yang dibawakan oleh Microsoft untuk Windows 7 sejak daripada pengenalannya sebelum ini.

Muat-Turun Windows 7 SP1 RTM ISO (32-bit & 64-bit)


TIPS & ULASAN