ImageShack Mula Meminta Pengguna Mendaftar Domain Padanya

ImageShack Mula Meminta Pengguna Mendaftar Domain Padanya

Diterbitkan pada Feb 23, 2011 oleh .

Bermula hari ini, ianya kelihatan ramai pengguna yang meng-hoskan imej pada ImageShack menghadapi masalah apabila kini laman hos imej terkemuka itu meminta para pengguna mendaftar domain mereka dengan ImageShack terlebih dahulu sebelum dapat memperlihatkan imej pada laman pengguna.

Perkara ini sekaligus memberikan impak yang besar kepada para penggunanya, dimana kini ianya mengantikan gambar asal dengan gambar logo ImageShack yang berupa seekor katak pada laman-laman yang tidak mendaftar dengannya. Mungkin pendaftaran laman web ini sekaligus mengurangkan imej-imej berbentuk spam dan sebagainya yang makin berleluasa di laman tersebut.


TIPS & ULASAN