Carian
Apple Menamakan Teknologi Light Peak Sebagai Thunderbolt?
February 23, 2011 Aman

Sokongan Light Peak pada perantian Apple kini mendapat namanya tersendiri, yang mana dipanggil sebagai Thunderbolt, dan ianya diperkatakan yang mana MacBook Pro generasi baru yang bakal diperkenalkan oleh Apple kelak akan menyokong fungsi Tunderbolt ini.

Slot Thunderbolt
Slot Thunderbolt Pada MacBook Pro? [via]

Beberapa gambar baru MacBook Pro mula kelihatan, yang mana memperlihatkan slot khas untuk Thunderbolt, bersama-sama dengan SDXC Card Reader padanya. Selain daripada itu, melalui info spesifikasi yang tersebar, ianya dilihat, MacBook Pro tersebut tidak menyertakan sebarang kad GPU, sekaligus memperlihatkan yang mana sokongan grafik melalui Intel i5 adalah mencukupi untuk menyokong pelbagai grafik pada MacBook Pro.

Spesifikasi MacBook Baru
Spesifikasi Salah Satu MacBook Pro Yang Tersebar [via]

Apple dijangka akan mengumumkan pelbagai perkara menarik pada minggu depan, iaitu 2 Mac, dimana acara tersebut bakal menumpukan perhatian sepenuhnya pada iPad 2 dan mungkin beberapa perkara lain.

Komen