WordPress 3.1 Dilancarkan

WordPress 3.1 Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 24, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, pihak pembangun WordPress kini telah pun melancarkan WordPress 3.1 secara rasminya. WordPress 3.1 menggunakan nama kod “Reinhardt” membawakan pelbagai kemaskini dan beberapa fungsi baru. Ianya boleh dimuat-turun dengan mudah seperti biasa, ataupun dikemaskini secara automatik melalui panel pengurusan blog yang menggunakan WordPress.

Melalui WordPress 3.1, ianya membawakan fungsi baru yang membolehkan para pengguna membuat pautan antara entri sebelum ini dengan mudah terus melalui panel pengurusan. Selain daripada itu, ianya turut membawakan fungsi Admin Bar, membolehkan anda mengakses panel pengurusan WordPress anda dengan mudah walaupun anda sedang melayari blog anda.


Admin Bar Pada WordPress 3.1

Pada masa yang sama, melalui WordPress 3.1, ianya membawakan pelbagai sokongan tambahan, menjadikannya ianya menyokong pelbagai sokongan CMS, sekaligus membolehkan pelbagai perkara menarik dibangunkan menggunakan WordPress dengan mudah.

Dengan pelancaran WordPress 3.1, pihak pembangunnya juga akan memulakan pembangunan versi seterusnya iaitu WordPress 3.2 tidak lama lagi. Seperti diperkatakan sebelum ini, WordPress 3.2 tidak lagi akan menyokong PHP 4 dan MySQL 4, selain mana mereka akan lebih menumpukan untuk menjadikan sistem mereka lebih pantas dan menambah baik beberapa perkara dari segi plugin. Pembangunan WordPress 3.2 juga dijangka akan dipercepatkan lagi daripada WordPress 3.1.


TIPS & ULASAN