Paparan Skrin Mac OS X 10.7 Lion Mula Tersebar?

Paparan Skrin Mac OS X 10.7 Lion Mula Tersebar?

Diterbitkan pada Feb 24, 2011 oleh .

Selain daripada pelbagai ura-ura berkaitan Apple, termasuk iPad 2 dan MacBook Pro, terkini munculnya beberapa informasi berkaitan dengan sistem operasi Mac OS X 10.7 Lion yang bakal diperkenalkan oleh Apple tidak lama lagi.

Melalui beberapa sumber, kini diperkatakan yang mana sistem operasi terbaru daripada Apple ini akan mula diperkenalkan kepada para pengguna umum, mungkin seawal 4 bulan daripada sekarang. Walaupun Apple telah memperlihatkan serba sedikit sistem generasi baru mereka pada tahun lepas, namun tarikh pelancarannya masih tidak diketahui sehingga kini.


Paparan Skrin Mac OS X Lion? [via]

Salah satu perkara yang dinantikan adalah termasuk antaramuka yang baru pada Mac OS X Lion, dan menariknya, kini salah satu gambar awal mula tersebar di internet, memperkatakannya sebagai salah satu paparan antaramuka untuk Mac OS X Lion. Walaubagaimanapun, ianya mungkin bukan versi akhir antaramuka baru sistem operasi Mac OS X generasi baru yang dinantikan.

Melalui paparan skrin tersebut, ianya kelihatan yang mana ianya membawakan dock yang serbar baru dengan fungsi auto-hide padanya, selain turut menyertakan akses terus ke LaunchPad melalui bar pada Mac OS X. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana keseluruhan antaramuka kini lebih gelap sedikit berbanding sebelumnya.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan pelbagai perubahan mungkin akan diperkenalkan pada versi akhirnya nanti. Mac OS X Lion dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN