Cari @ Amanz

Yahoo! Bakal Menutup Perkhidmatan MyBlogLog Pada 24 Mei

Oleh Aman

Link Copied!

Yahoo! kini mula menghantar emel kepada para pengguna MyBlogLog, mengatakan yang mana mereka tidak lagi akan meneruskan perkhidmatan tersebut bermula daripada 24 Mei akan datang ini. Pada masa yang sama, para pengguna yang telah membayar untuk perkhidmatan berbayar MyBlogLog akan menerima wang mereka kembali untuk pembayaran selepas tarikh tersebut.

Sebelum ini, ianya telah tersebar, mengatakan yang mana MyBlogLog akan ditutup oleh Yahoo! melalui sebuah paparan slaid yang tersebar pada bulan Disember lepas. Selain daripada MyBlogLog, Yahoo! juga menempatkan Yahoo! Buzz dan Delicious pada kategori sama, dan mungkin ianya akan diumumkan tidak lama lagi. Sebelum ini juga diperkatakan yang mana Yahoo! sedang mencari pemilik baru untuk Delicious, namun seperti masih tidak ditemui lagi.

MyBlogLog yang menawarkan sebuah widget memperlihatkan pembaca dan sebagainya pada Blog, dimana telah dibeli oleh Yahoo! pada tahun 2007 dengan nilai sebanyak $10 juta.

@amanfirdaus Yahoo! MyBlogLog will officially discontinue effective May 24, 2011 (via email receive from Yahoo!)less than a minute ago via web


Komen ()