Intel dan Apple Melancarkan Teknologi Thunderbolt

Intel dan Apple Melancarkan Teknologi Thunderbolt

Diterbitkan pada Feb 24, 2011 oleh .

Seperti yang diinantikan sebelum ini, hari ini Intel bersama-sama dengan Apple melancarkan teknologi Light Peak yang mana kini secara rasminya dikenali sebagai Thunderbolt. Melaluinya, ianya menawarkan kadar penghantaran data selaju 10Gb/saat.

Menariknya, ianya menawarkan penghantaran dwi-saluran, dimana melaluinya, para pengguna boleh mendapat kelajuan 10Gb/s untuk kedua-dua, penghantaran dari dan kepada perantian anda pada sesuatu masa. Teknologi Thunderbolt ini didatangkan pada generasi baru MacBook Pro keluaran Apple. Pada masa yang sama, Apple menjangkakan yang mana teknologi Thunderbolt ini kelak akan menjadi salah satu standard utama pada komputer-komputer akan datang.


TIPS & ULASAN