Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan oleh para peminat MacBook, Apple akhirnya telah pun secara rasminya memperkenalkan keluarga baru untuk MacBook Pro, dimana versi kemaskini ini membawakan cip pemprosesan terkini daripada Intel, iaitu Intel Sandy Bridge Core i5 dan juga Core i7.

Selain daripada itu, Apple juga mengantikan kad grafik padanya dengan grafik AMD Radeon HD 6000M, serta membawakan kamera HD untuk FaceTime, bersama-sama dengan sokongan Thunderbolt yang dibawakan oleh Intel. Buat masa ini, harga untuk MacBook Pro dan laman Apple Malaysia untuk MacBook Pro masih lagi belum dikemaskini sepenuhnya. Mungkin harga rasminya untuk tempatan akan diketahui seawal esok.

Kemaskini : Penjual rasmi Apple di Malaysia, Switch telah mula menerima tempahan untuk MacBook Pro yang baru.


Harga dan Spesifikasi MacBook Pro Baru [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd