Google Mula Menghalang Laman Berbentuk Spam

Google Mula Menghalang Laman Berbentuk Spam

Diterbitkan pada Feb 25, 2011 oleh .

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kini Google mula mengemaskini enjin carian mereka dengan membuang kandungan berbentuk spam dan juga kandungan yang ditiru daripada blog-blog dan web lain (auto-blog). Buat masa ini, perkara ini baru diperkenalkan di Amerika, dan bakal diperkenalkan diseluruh dunia tidak lama lagi.

Sebelum ini, Google turut sama memperkenalkan sebuah extension khas untuk para pengguna Chrome, untuk membolehkan mereka menghalang sesuatu laman (berbentuk spam dan autoblog) daripada diperlihatkan pada hasil carian Google, dan menganggu mereka. Walaubagaimanapun, Google mengatakan data tersebut tidak digunakan dalam kemaskini ini. Namun begitu, menurut Google, hampir 84% laman web yang dihalang oleh mereka adalah sama seperti apa yang dihalang oleh pengguna melalui extension tersebut.

Perkara ini juga kelak akan menjadikan enjin carian mereka lebih mesra pengguna, dengan memperlihatkan kandungan yang lebih mesra dan apa yang dicari oleh para pengguna. Selain daripada itu, ini juga kelak mungkin akan mengurangkan laman-laman berbentuk spam, auto-blog dan yang gemar menggunakan kata kunci tidak relevan dalam menarik perhatian pembaca.


TIPS & ULASAN