Cari @ Amanz

Setelah melancarkan versi lite sebelum ini, kini secara rasminya Art In Software Sdn Bhd melancarkan versi penuh untuk permainan Epic Empires keluaran mereka untuk para pengguna iPhone dan iPod Touch. Permainan bercirikan strategi ini boleh didapatkan di Apple Store pada harga cuma $1.99.

Buat masa ini, Epic Empires hanya menyokong permainan perseorangan, dan masih tidak diketahui mengenai adakah mereka akan membawakan versi multiplayer ataupun tidak. Epic Empires versi penuh juga membawakan 5 peta yang mencabar, serta grafik 2D yang hebat.


Antaramuka Permainan Epic Empires

Menariknya untuk para pembaca Amanz Network, Art In Software menawarkan 10 salinan permainan ini secara percuma, dimana anda boleh meninggalkan komen dibawah, dan kami akan menghubungi anda melalui emel bersama-sama dengan kod untuk permainan tersebut.

Bagi yang dah mencuba permainan ini, apa kata anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd