Cari @ Amanz

Microsoft Memperlihatkan Antaramuka Desktop Serba-Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft sering mencuba sesuatu yang baru, disamping secara dalaman mereka mempunyai pelbagai projek rahsia yang masih tidak diketahui oleh orang ramai. Terkini, Microsoft memperlihatkan antaramuka desktop serba baru, selain pada masa yang sama memperlihatkan kebolehan mengawal desktop secara terus menggunakan telefon pintar.

Seperti sedia maklum, Microsoft kelak dijangka bakal memperkenalkan antaramuka yang serba baru melalui Windows 8, dan ianya dijangka akan membolehkan pengintegrasian secara mendalam bersama beberapa perantian yang lain, termasuk Windows Phone dan sebagainya. Dan mungkin kawalan desktop melalui telefon pintar Windows Phone merupakan salah satu perkara daripadanya.

Namun begitu apa yang diperlihatkan oleh Microsoft Research adalah masih dalam kajian dalam pembangunan, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan sepenuhnya.


Komen ()