P1 Menawarkan Pembelian Kuota Penggunaan Tambahan

P1 Menawarkan Pembelian Kuota Penggunaan Tambahan

Diterbitkan pada Feb 26, 2011 oleh .

Tidak cukup dengan bandwith yang ditawarkan oleh P1? Kini, anda tidak perlu risau lagi, memandangkan kini P1 menawarkan pengguna kebolehan untuk membeli kuota penggunaan tambahan, pada harga promosi serendah RM10 untuk 2GB tambahan.


P1 Menawarkan Kuota Tambahan Pada Serendah RM10 Untuk 2GB [via]

Buat masa ini, P1 menawarkan harga serendah RM5 untuk setiga 1GB tambahan, dan ianya boleh digunakan untuk sehingga 30-hari. Menariknya adalah dimana para pengguna tidak perlu tertunggu-tunggu, memandangkan ianya boleh diaktifkan serta-merta, dan hanya akan dicaj pada bil akan datang mereka.

Untuk membuat pembelian kuota tambahan, anda hanya perlu log masuk ke P1-Self Care, dan memilih Services. Melalui halaman Services, para pengguna boleh memilih Usage Quota Top Up, dan dengan membelinya, serta-merta akan anda akan diaktifkan dengan kuota penggunaan tambahan.


TIPS & ULASAN