Google sentiasa menawarkan tawaran terbaik dalam storan dalam talian. Selain sering meningkatkan ruangan storan untuk GMail, kini Google turut menawarkan sesuatu yang menarik untuk pengguna Picasa, dimana kini Google tidak mengambil kira gambar bersaiz kurang 800px dan video dibawah 15 minit pada Picasa.
Melalui polisi baru pada Picasa, kini Google tidak lagi mengambil kira video yang kurang daripada 15 minit dan juga gambar bersaiz kurang daripada 800px, sekaligus menjadikan para penggunanya berkongsi dengan lebih mudah lagi.
Perkara ini juga akan membolehkan lebih ramai aktif menggunakan Picasa Web, sekaligus menaikkan lagi angka penggunaan laman tersebut, dan pegangan pasarannya. Namun begitu, dengan dunia yang kini makin beralih kepada teknologi definisi tinggi, mungkin kelak Google akan mendapat keuntungannya dengan lebih pantas, memandangkan gambar beresolusi tinggi bersaiz lebih besar, dan memakan ruangan storan yang lebih banyak.
Untuk video pula, memandangkan Google sememangnya antara penyedia dan pengehos video terkemuka didunia melalui YouTube, mungkin mereka ingin mengalakkan penglibatan para pengguna dalam pembangunan video dan berkongsinya dengan yang lain dengan mudah melalui platform Picasa mereka.