Apple Bakal Memperkenalkan Fungsi Menemui Mac?

Apple Bakal Memperkenalkan Fungsi Menemui Mac?

Diterbitkan pada Feb 27, 2011 oleh .

Selain pengintegrasian perkomputeran awan pada Mac OS X Lion, Apple juga dijangka bakal memperkenalkan kebolehan untuk mencari sesuatu perantian Mac yang hilang dengan mudah, sama seperti fungsi yang terdapat pada iOS, dimana pada pengguna boleh mencari, dan tutup atau restore iPhone, iPad dan iPod Touch dengan mudah.

Walaubagaimanapun, info berkaitan dengannya masih lagi amat sedikit dan kurang jelas buat masa ini. Memandangkan perantian Mac seperti Macbook dan sebagainya tidak disertakan dengan sistem GPS, ianya tidak dikeetahui bagaimanakah Apple akan memperkenalkan teknologi tersebut. Samaada adakah melalui alamat IP ataupun bagaimana.


Find My Mac pada fail sistem Mac OS X 10.7 [via]

Namun begitu, ianya dispekulasikan yang mana fungsi tersebut akan diperkenalkan bersama-sama MobileMe milik Appple. Apple juga pada masa yang sama diura-urakan akan membuat beberapa pengumuman berkaitan MobileMe bersama-sama pelancaran iPad kelak.


TIPS & ULASAN