Cari @ Amanz

Dengan berakhirnya Facebook Developer Garage Kuala Lumpur semalam, beberapa aplikasi baru telah dibangunkan oleh para pembangun tempatan, dan telah dipersembahkan kepada umum pada penghujung Facebook Developer Garage Kuala Lumpur yang pertama untuk tahun ini.

Beberapa aplikasi yang dibangunkan dalam tempoh kurang dua hari ini telah diperlihatkan, dimana ianya kelihatan amat menarik sekali.

Photo T-Zer


Melalui aplikasi Photo T-Zer, ianya membolehkan para pengguna Facebook untuk menambah pelbagai efek untuk gambar-gambar mereka ataupun rakan-rakan mereka dengan mudah secara terus dalam talian. Melalui aplikasi ini, para pengguna boleh terus mendapatkan gambar samaada terus daripada album mereka di Facebook, ataupun daripada album-album mereka. Selepas memilih gambar yang dikehendaki, para pengguna boleh menambah pelbagai perkara tambahan, dalam menjadikan gambar tersebut lebih menarik dan kelakar.

Memandangkan ianya hanya dibangunkan dalam tempoh kurang dua hari, efek dan grafik tambahan yang disediakan masih sedikit, malah aplikasi tersebut memperlihatkan tanda beta. Mungkin lebih banyak efek akan ditambah, serta akan ditambah menjadi lebih menarik daripada semasa ke semasa nanti.

On Time

Aplikasi On Time ini dibangunkan oleh pelajar UCTI, dimana melalui aplikasi ini, ianya membolehkan para pelajar UCTI yang menggunakan Facebook terus melihat jadual waktu kelas mereka terus melalui web Facebook, tanpa perlu ke laman UCTI. Perkara ini sekaligus memudahkan para pelajar UCTI, dimana mereka boleh terus menggunakan Facebook, dan pada masa yang sama mengikuti pelbagai perkembangan kelas-kelas mereka dengan mudah dan pantas.

Reacquaintor


Melalui aplikasi Reacquaintor, ianya menggalakkan para pengguna Facebook mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat lagi, dimana melalui aplikasi ringkas ini, ianya memperlihatkan bilakah kali terakhir anda berhubung dengan rakan Facebook anda, serta apakah mesej terakhir anda kepada mereka.

Facebook Developer Garage Kuala Lumpur ini telah diadakan dengan kerjasama Facebook Malaysia, serta Tandemic. Ianya mungkin adalah aktiviti pertama untuk tahun ini, dan mungkin akan diadakan lagi pada masa akan datang, pada masa yang sama menarik lagi minat para pembangun tempatan untuk membangunkan aplikasi pada platform Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd