Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, kini Oh! Media memperkenalkan radio dalam talian mereka, Oh! Media FM. Buat masa ini, ianya belum dilancarkan secara rasminya, namun para pengguna internet sudah boleh mendengar radio dalam talian mereka yang mana kini sedang melalui ujian percubaan.

Untuk menjayakan Oh! Media FM, Oh!Media menggunakan perkhidmatan WaveStreaming, dan daripada apa yang dilihat buat masa ini, ianya tidak memperlihatkan masa buffering ketika lagu dimainkan. Namun begitu, apabila deejay mengambil-alih, ianya kelihatan sedikit tersekat-sekat dan tidak seperti ketika lagu dimainkan. Mungkin kerana ianya masih lagi pada peringkat percubaan lagi buat masa ini. Oh! Media masih lagi belum mengeluarkan informasi berkaitan sambungan kelajuan minima yang diperlukan untuk mendengarkannya.

Oh! Media FM kelak bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Mac 2011 kelak seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Web rasmi juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, untuk memudahkan para pengguna meminta lagu kegemaran, dan berinteraksi melalui radio dalam talian dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd