WuuHuu Online Dilancarkan

WuuHuu Online Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 28, 2011 oleh .

Seperti yang dinantikan sebelum ini, Netexpert Sdn Bhd telah pun bersedia dengan isu pertama untuk majalah atas talian mereka, Wuuhuu Online. Edisi pertama, bersama-sama dengan web bakal dirasmikan pada 1 Mac 2011 ini, membolehkan para pengguna membaca majalah komik secara percuma terus melalui pelayar web.

WuuHuu Online merupakan salah satu projek e-komik, yang mana menghimpunkan para kartunis daripada Malaysia dan Indonesia, dan merupakan salah satu usaha untuk kearah teknologi tanpa kertas, selain pada masa yang sama membolehkan para pembaca menikmatinya sama seperti majalah yang asal. Laman web tersebut juga disediakan dalam tiga bahasa berlainan, iaitu Bahasa Malaysia, Indonesia dan English.


Wuuhuu Online

WuuHuu Online menggunakan flash dalam memperlihatkan majalah mereka, dan didatangkan dalam dua variasi, iaitu resolusi tinggi dan juga resolusi rendah. Aplikasi iPhone juga dijangka bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN