Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dinantikan oleh para pendengar Oh!Media FM adalah kebolehan untuk memainkan radio atas talian mereka terus daripada aplikasi dan perisian sedia ada pada desktop mereka, sekaligus mengelakkan keperluan untuk membuka tab berasingan pada pelayar web mereka.

Kini, anda boleh membuat perkara tersebut dengan mudah, walaupun ianya masih lagi belum diperkenalkan secara rasminya oleh pihak Oh! Media. Memandangkan Oh! Media FM menggunakan pelayan shoutcast, maka kebanyakkan aplikasi yang memainkan media pada desktop anda, termasuk Windows Media Player, VLC, Winamp, dan sebagainya boleh memainkannya terus, tanpa perlu anda ke laman rasmi Oh! Media.

Untuk mendengarkannya terus, anda hanya perlu memuat-turun fail *PLS dibawah, dan seterusnya membukanya terus melalui perisian media anda. Menariknya, anda bukan sahaja boleh mendengar pada kualiti yang amat menarik sama seperti biasa, tetapi, anda juga boleh ketahui nama lagu yang sedang dimainkan dengan mudah dan pantas.

Oh! Media FM.plsDibuang atas permintaan pihak Oh!Media.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd