Cari @ Amanz

Setelah melancarkan perkhidmatan internet mereka pada tahun lepas, kini perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih Yes milik YTL Communications Sdn Bhd terus berkembang, dimana terkini mereka telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke Pulau Pinang.

Kini, para penduduk Pulau Pinang boleh menikmati perkhidmatan jalur-lebar Yes, dimana YTL Communications memperkatakan yang mana ianya telah meliputi kebanyakkan kawasan berpenduduk tinggi di Pulau Pinang.

Ianya diperkatakan yang mana rangkaian jurujual Yes telah disediakan di Pulau Pinang, dimana disana sahaja, terdapat lebih daripada 32 kedai IT yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran Yes, dan khidmat bantuan berkaitan produk tersebut.

Selain daripada Pulau Pinang, Yes juga menawarkan liputan rangkaian penuh sepanjang lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd