MOL Akan Menjadi Pengedar Zynga Game Cards Di Asia

MOL Akan Menjadi Pengedar Zynga Game Cards Di Asia

Diterbitkan pada Mac 1, 2011 oleh .

MOL, pemilik laman sosial Friendster, yang sebelum ini telah mengumumkan kerjasama bersama Facebook, kini melangkah setapak kehadapan lagi, dimana hari ini mereka telah mengumumkan yang mana mereka kini akan mula mengedarkan Zynga Game Cards di Asia.

Zynga Game Cards merupakan kad prabayar untuk permainan sosial keluaran Zynga, dimana melaluinya, ianya menawarkan mata-wang maya untuk digunakan dalam permainan, membolehkan para pengguna membeli peralatan tambahan dan terhad pada permainan keluaran Zynga.

Buat masa ini, Zynga Game Cards hanya ditawarkan US, UK dan Kanada sahaja, selain Zynga sendiri menawarkan penghantaran melalui emel. Dengan kerjasama bersama-sama dengan MOL, ianya bakal mula dijual di Singapura mulai hari ini, dan diikuti di Malaysia, Thailand, Indonesia, India dan Filipina.


TIPS & ULASAN