CityVille Bakal Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia

CityVille Bakal Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Mac 1, 2011 oleh .

Sebelum ini, Zynga telah mula menawarkan permainan sosial mereka, CityVille dalam Bahasa Indonesia. Menariknya, kini Zynga mengumumkan yang mana tidak lama lagi, mereka turut sama akan memperkenalkan permainan CityVille dalam Bahasa Malaysia khas untuk pemain daripada Malaysia.

Untuk makluman semua, kini CityVille mempunyai lebih daripada 20 juta pemain daripada seluruh dunia setiap hari. Selain daripada versi bahasa English untuk pemain global, CityVille juga turut menawarkan permainan mereka dalam beberapa bahasa lain, termasuk Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, dan terkini Turki dan Indonesia.

Ini mungkin merupakan salah satu strategi Zynga dalam memperluaskan penggunaan permainan mereka, sekaligus memudahkan para pemain memahami sesuatu perkara dalam permainan tersebut terus dalam bahasa ibunda mereka. Buat masa ini, masih tiada tarikh pasti berkaitan pelancaran CityVille dalam bahasa Malaysia, namun ianya dijangkakan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN