Cari @ Amanz

Terima Mesej Rakan Facebook Melalui SMS Dengan YM! 11 Beta

Oleh Aman

Link Copied!

Yahoo! Messenger 11 masih lagi pada peringkat beta sehingga kini, dimana salah satu fungsi baru yang diperkenalkan padanya adalah pengintegrasian bersama dengan Facebook Chat. Perkara ini juga pada masa yang sama membolehkan anda sentiasa berinteraksi bersama-sama dengan rakan Facebook anda secara online mahupun offline.

Seperti sedia maklum, Yahoo! Messenger menyokong kebolehan untuk berinteraksi dan berhubung melalui SMS apabila anda berada diluar talian internet. Menariknya, dengan pengintegrasian bersama Facebook Chat, fungsi SMS ini juga diintegrasikan bersama, membolehkan anda menghantar dan menerima mesej rakan Faceboook anda melalui SMS dalam masa-nyata.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu menggunakan Yahoo! Messenger 11 Beta, dan perlulah telah mengintegrasikan akaun Facebook anda bersama-sama dengan telefon anda pada YM!. Setelah selesai semuanya, setiap kali anda log keluar daripada Yahoo! Messenger dari komputer anda, anda secara automatik akan log masuk ke perantian mudah-alih anda, dan menerima segala mesej yang dihantarkan rakan Facebook anda terus melalui SMS.

Facebook YM


Komen ()