Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan pembelian McAfee oleh Intel pada tahun lepas, akhirnya, pada hari ini, urusniaga tersebut selesai sepenuhnya, dan kini Intel merupakan pemilik penuh McAfee. Walaubagaimanapun, jenama McAfee akan diteruskan, dan ianya akan terus beroperasi sama seperti sebelum ini.

Mungkin dengan pembelian McAfee ini, Intel akan mula menaik-taraf pelbagai jenis sekuriti pada cip pemprosesan mereka. Pada masa yang sama, Intel juga tertakluk pada suatu syarat, dimana Intel perlu teruskan menyokong pelbagai perisian dan aplikasi keselamatan dan sekuriti yang lain, dan tidak boleh mengintegrasikannya bersama-sama dengan cip mereka, yang mana mungkin akan mengakibatkan kepada monopoli dalam sistem sekuriti.

Mungkin kita akan dapat melihat penggunaan teknologi McAfee oleh Intel tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd