Walaupun Opera 11.10 belum dilepaskan dan masih lagi sedang dibangunkan, kini pihak pembangun Opera bergerak pantas, dengan memperkenalkan versi pembangunan Opera 11.50 yang mana membawakan sokongan hardware acceleration dan juga WebGL.
Untuk sokongan hardware acceleration, Opera mengguna-pakai OpenGL, yang mana merupakan platform sama seperti pada Google Chrome, membolehkan ianya menyokong fungsi tersebut hampir pada kesemua platform, termasuk perantian mudah-alih.
Buat masa ini, Opera 11.50 dengan WebGL dan hardware acceleration hanya didatangkan untuk Windows sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ianya juga hendaklah diambil tahu, yang mana ianya masih lagi belum stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa fungsi yang tidak berfungsi sepenuhnya.